Monday, 18 December 2017

GAMBAR RAJAH TIMBUL


Salah satu BBB(banhan bantu belajar) untuk murid bermasalh ppenglihatan ialah gambar rajah timbul yang memberikan gambaran tentang sesuatu yang mereka tak boleh bayangkan dengan bantuan deria sentuh.

alhamdulillah semester 5 ini berpeluang belajar menghasilkan  gambar rajah timbul dalam kursus. teknologi masalah penglihatan dengan bantuan pensyarah kesayangan kami Dr. Kway Eng Hock.

 rajah 1 : 5 masterpiece gambar rajah timbul yang belum di termofom

langkah penghasilan ialah :
1. sedia kan masterpiece
2. termofomkan menggunakan mesin termofom
3. gambar rajah akan terhasil.

SELEPAS LAWATAN DARI NCBM, 
maka terhasillahgambar rajah timbul yang mana pihak NCBM telah memberikan kami peluan sendiri untuk menggunakan 2 buah mesin Thermofom mereka.











:: gambar rajah reflesia yang tinggal sbgai kenangan, selainnya telah dihantar untuk dinilai.




BERIKUT TIPS MENGHASILKAN GAMBAR RAJAH 

Bahan yang digunakan dalam penghasilan gambar rajah timbul antara perkara lain yang menjadi pengajaran kepada saya. Bahan penghasilan yang digunakan untuk mengahasilkan gambar rajah juga perlulah di ambil kira, di mana penggunaan bahan seperti eva form, manik, jarum peniti, span kasar, atau sebarang objek yang terlalu tebal, serta kapas yang tipis, tidak sesuai untuk digunakan. Hal ini berikutan kerana teksturnya yang lembut, mudah cair, dan terlalu tebal akan menyukarkan proses gambar rajah timbul yang baik. Hasil gambar rajah boleh jadi hangus terbakar, melekat, tidak boleh diguakan, dan bocor kerana terlalu tebal. Perkara penting yang perlu diambil kira dalam penghasilan gambar rajah timbul bukanlah pada betapa cantiknya bahan yang digunakan, atau betapa menariknya penggunakan bahan tersebut, tetapi apa yang penting adalah hasil yang terjadi, adakah mesej yang ingin disampaikan boleh dicapai atau sebaliknya. Sebagai buktinya di NCBM sendiri penggunaan bahan yang minimal dan kitar semula menjadi pilihan mereka. Antara bahan yang digunakan di NCBM adalah mounting board, kayu penyungkil gigi, benang kecil tebal, kotak, kertas pasir dan tekstur tulisan braille. Seterusnya antara bahan lain yang boleh diguna pakai adalah biji bali dan benang besar tebal.  Selain itu, penggunaan gam yang betul juga adalah satu perkara penting yang perlu di ambil kira, gam yang bagus untuk digunakan adalah gam putih polistrin. Ini bagi mengelakkan gam yang digunakan cair, sewaktu proses embosser.


BAHAN-BAHAN UNTUK MENGHASILKAN GAMBAR RAJAH TIMBUL



No comments:

Post a Comment

HIKING BUKIT CHANGKAT ASA