<3 syukran jiddan, sudi singgah blog saya~
Perjuangan seterusnya, diteruskan dengan tugasan kedua untuk kelas MTE3012 iaitu mengkritik 5 blog pilihan yang terbaik daripada yang terbaik :) tugasan ini bukan setakat mengkritik TETAPI menuntut para pelajar kelas MTE3012 untuk belajar bagaimana menghasikan blog yang TERBAIK~ IN SHAA ALLAH ..
Apa yang perlu di kritik??? dari ASPEK apa....
1. aspek hiasan blog
2. kelebihan blog
3. kekurangan blog
BAIKLAH BLOG PILIHAN SAYA ADALAH SEPERTI BERIKUT....
Blog #1 Ustazah Fatimah Syarha
pilihan blog pertama saya ialah milik Ustazah Fatimah Syarha, Ustazah Fatimah Syarha, seorang novelis yang berdakwah melalui penulisannya. Sy kagum dengan kaedah penyampaian ilmu oleh beliau. Beliau merupakan graduan UIAM, Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, pengkhususan dalam Fiqh dan Psikologi.
Ijazah Bacaan al-Quran bersanad dan Daurah Bahasa Arab di Universiti Syeikh Ahmad Kiftaro, Damsyiq, Syria. Dan menyambung Master di UIAM dalam bidang Fiqh dan Usul al-Fiqh.
Hiasan blog
-Menggabungkan warna biru dan ungu
-simple
-sederhana
Kelebihan blog
-Membincangkan pelbagai topik yang menarik, isu-isu terkini dan penting untuk masyarakat.
-Menyediakan satu medan dakwah yang santai untuk para remaja.
-menulis artikel-artikal yang sangat berguna untuk semua golongan masyarakat
-banyak mencadangkan buku-buku yang baik untuk bacaan para ''alat buku'' mcm saya..
Kekurangan blog
-sunyi~ tanpa lagu but still the best blog i follow :)
Blog #2
Blog pilihan ke-2 saya adalah ''BLOG UNTUK REMAJA''' milik seorang remaja /beliawanis yang sangat aktif sebagai pendakwa bebas dan penulis blog yang aktif.
Hiasan blog
-blog yang bertemakan warna kegemaran hampir 80% wanita di seluruh dunia, iaitu pink (Y)
-kemas dan lawa
-menyenangkan pembaca
Kelebihan blog
-Penulis yg sangat santai dan bersahaja tetapi mempunyai setiap post ada moral value dan pengajaran untuk pembaca
-Penulisan yang baik dan menarik
Kekurangan blog
-hiasan terlalu sederhana
Blog #3
blog ke-3 pilihan saya adalah milik Amani Az-Zahra, satu blog dakwah yang menarik para remaja untuk menamba ilmu pengetahuan.
Hiasan Blog
-cantik, lawa dan kbaboom..
-berwarna menarik
Kelebihan Blog
-update blog yang berkaitan isu-isu terkini
-banyak memberikan tips kpd kaum hawa
-penulisan santai
Kekurangan blog
-post dan artikel dalam blog ini lebih banyak untuk menambah pengetahuan kaum hawa.
Blog #4
Seterusnya blog ke-4 yang comel dan yummy...iaitu blog cup kek, milik seorang penduduk Kelantan, tujuan blog ini dibina untuk memperkenalkan produk cup kek yang dihasilkan.
Hiasan blog
-comel dan sangat menarik
Kelebihan blog
-selain, menggunakan blog sebagai medium untuk memperkenalkan hasil cup kek buatan mereka, blog ini turut menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada mereka yang berminaat untuk belajar bagaimana menghasilkan cup kek yang sedap dan boleh di pasarkan kepada masyarakat.
Kekurangan blog
-Post hanya tertumpu kpd bidang cup kek sahaja.
Blog #5
Blog pilihan ke-5 yang terakhir ialah blog PHOTOAURA BLOG blog yang menyediakan perkhidmatan mengambil gambar, editing gambar dan sebagai berkaitan photografi.
Hiasan blog
-menarik dan sederhana
-bertemakan warna hitam songket dan biru awan.
Kelebihan blog
-banyak update gambar-gambar majlis perkahwinan yang menark.
-memberi inspirasi kepada pembaca blog.
Kekurangan blog
-sunyi tanpa audio.
~ sekian ~






No comments:
Post a Comment