Assalamualaikum Waramatullahi Wabarakatuh
inshaAllah, perkongsian kali ini berkaitan dengan penyuntingan gambar menggunakan aplikasi GIMP dan penyuntingan Audio menggunakan aplikasi AUDACITY.
Berikut merupakan link untuk memuat turun aplikasi :-
http://www.gimp.org/downloads/
http://audacityteam.org/download/
#PENYUNTINGAN GAMBAR MENGGUNAKAN GIMP
Asas Penyuntingan Imej
1.klik pada menu File >Open untuk mencari gambar yang telah disimpan.
2.Tetingkap Open Image akan dipaparkan dan amda boleh memilih gambar yang dikehendaki dan klik butang Open.
3.Pilih Scissors Select Tool pada Toolbox seperti yang ditunjukkan pada rajah di bawah. Klik dan tandakan pada kotak antialiasing dan feather edges. Gunakan tetikus dan klik di sekeliling imej yang hendak digunting secara berterusan.
4. Setelah selesai, tekan enter pada papan kekunci. keseluruhan imej yang telah ditandakan tadi akan dipilih seperti yang ditunjukkan pada rajah di bawah.
5.klik pada menu Edit>Copy untuk menyalin imej yang dipilih.
6.klik pada file>New.tetingkap untuk meletakkan imej akan dibuka seperti dalam rajah.setkan imej 500 X 440.
7.kemudian, klik pada menu Edit>Paste.
*Berikut merupakan contoh imej yang telah disalin dan ditampal menggunakan teknik asas penyuntingan dan ditambah dengan latar belakang berwarna.
#PENYUNTINGAN AUDIO MENGGUNAKAN AUDACITY
MENGHASILKAN RAKAMAN
1.Pasang mikrofon pada komputer.
2.buka perisian Audacity
3.Sesuaikan input level bagi mikroofon.
4.Tekan butang Rekord dan mulakan percakapan untuk merakam suara anda.
5.apabila anda telah selesai bercakap, tekan butang STOP untuk berhenti.
6.untuk mendengar rakaman suara anda, tekan butang play.
MEMBUANG BAHAGIAN PADA RAKAMAN
1. Dengan klik pada Selection tool atau menggunakan tetikus, pilih kawasan atau segmen audio yang anda ingin buang.
MENINGKATKAN RAKAMAN
1.klik Edit pada menu bar
2.kemudian, pilih select>klik All
3.klik Effect pada menu bar, kemudian pilih Bass dan Boost.
4.Pada paparan Bass dan Treble, terima default dan tekan ok.
5.Kemudian tekan butang play, suara akan meningkatkan berbanding yang asal.
sekian, selamat mencuba













No comments:
Post a Comment