lets learn positive everyday
Friday, 29 December 2017
Monday, 18 December 2017
GAMBAR RAJAH TIMBUL
alhamdulillah semester 5 ini berpeluang belajar menghasilkan gambar rajah timbul dalam kursus. teknologi masalah penglihatan dengan bantuan pensyarah kesayangan kami Dr. Kway Eng Hock.
rajah 1 : 5 masterpiece gambar rajah timbul yang belum di termofomlangkah penghasilan ialah :
1. sedia kan masterpiece
2. termofomkan menggunakan mesin termofom
3. gambar rajah akan terhasil.
SELEPAS LAWATAN DARI NCBM,
maka terhasillahgambar rajah timbul yang mana pihak NCBM telah memberikan kami peluan sendiri untuk menggunakan 2 buah mesin Thermofom mereka.
:: gambar rajah reflesia yang tinggal sbgai kenangan, selainnya telah dihantar untuk dinilai.
BERIKUT TIPS MENGHASILKAN GAMBAR RAJAH
Bahan yang digunakan dalam penghasilan gambar rajah timbul antara perkara lain yang menjadi pengajaran kepada saya. Bahan penghasilan yang digunakan untuk mengahasilkan gambar rajah juga perlulah di ambil kira, di mana penggunaan bahan seperti eva form, manik, jarum peniti, span kasar, atau sebarang objek yang terlalu tebal, serta kapas yang tipis, tidak sesuai untuk digunakan. Hal ini berikutan kerana teksturnya yang lembut, mudah cair, dan terlalu tebal akan menyukarkan proses gambar rajah timbul yang baik. Hasil gambar rajah boleh jadi hangus terbakar, melekat, tidak boleh diguakan, dan bocor kerana terlalu tebal. Perkara penting yang perlu diambil kira dalam penghasilan gambar rajah timbul bukanlah pada betapa cantiknya bahan yang digunakan, atau betapa menariknya penggunakan bahan tersebut, tetapi apa yang penting adalah hasil yang terjadi, adakah mesej yang ingin disampaikan boleh dicapai atau sebaliknya. Sebagai buktinya di NCBM sendiri penggunaan bahan yang minimal dan kitar semula menjadi pilihan mereka. Antara bahan yang digunakan di NCBM adalah mounting board, kayu penyungkil gigi, benang kecil tebal, kotak, kertas pasir dan tekstur tulisan braille. Seterusnya antara bahan lain yang boleh diguna pakai adalah biji bali dan benang besar tebal. Selain itu, penggunaan gam yang betul juga adalah satu perkara penting yang perlu di ambil kira, gam yang bagus untuk digunakan adalah gam putih polistrin. Ini bagi mengelakkan gam yang digunakan cair, sewaktu proses embosser.
BAHAN-BAHAN UNTUK MENGHASILKAN GAMBAR RAJAH TIMBUL
LAWATAN KE NCBM
REFLEKSI DIRI
KBL3053 - ICT Murid Bermasalah Penglihatan merupaka kursus yang memperkenalkan dan memberi pendedahan kepada pelajar tentang kemahiran kemahiran asas ICT bagi pelajar bermasalah penglihatan. Penekanan akan diberi kepada Duxbury Braille Translator (DBT), pembaca skrin Non-Visual Desktop Access (NVDA), penghasilan gambar rajah timbul berkomputer; Tactile Graphic Designer (TGD), dan OpenBook. Rasional pengambilan kursus ini ialah untuk membantu pelajar menguasai penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran murid-murid bermasalah penglihatan agar ilmu ini dapaat diaplikasikan semasa latihan Mengajar pada Semester 7.
Pada 13 Disember 2017 bersamaan dengan hari rabu seramai 25 pelajar yang mengambilan pengkhususan Masalah penglihatan, seramai 3 orang pelajar yang mengambilan pengkhususan Masalah Pendengaran dan beberapa kumpulan pelajar dari semester 2 telah membuat lawatan sambil belajar ke National Council For The Blind, NBCM iaitu Majlis Kebangsaan Bagi Orang Buta, Malaysia. Lawatan diiringi oleh dua orang pensyarah iaitu Dr. Kway Eng Hock dan Puan Shahida Hassim. Rombongan lawatan bermula seawal Jam 7 pagi dari kediaman pelajar masing-masing yang mana telah melibatkan 2 Buah bas UPSI yang telah ditemmpah khas. Lawatan pertama kami pada minggu lepas bermula di NU Sentral, di mana Dr. Kway telah menunjukkan kepada kami kemudahan-kemudahan yang terdapat di NU Sentral untuk murid bermasalah penglihatan. Antara kemudahan yang dapat kami perhatikan ialah kemudahan laluan berjalan kaki, Tandas OKU dan Lift yang mempunyai Tanda Braille pada setiap butang Aras. Daripada lawatan pertama tersebut kami sedar bahawa mereka yang bermasalah penglihatan ini juga tidak diabaikan dari segi kemajuan teknologi terkini.
Lokasi kedua lawatan kami pada minggu lepas bertempat di National Council For The Blind, NCBM iaitu Majlis Kebangsaan Bagi Orang Buta, Malaysia. Melalui lawatan ke NCBM banyak impak positif dan info baru yang kami perolehi. Pada awal lawatan di bangunan ini, kami telah dibawa untuk melihat sendiri penghasilan buku-buku teks dan kertas soalan yang sedang dibraillekan untuk murid bermasalah penglihatan yang mana telah ditempah khas dari sekolah-sekolah di Malaysia. Selain itu, kami telah diberikan peluang untuk menghasilkan gambar rajah timbul sendiri dengan mengguna 2 buah mesin Thermofom mereka. Disamping itu, kami telah diperkenalkan lebih lanjut dengan beberapa mesin lain yang terdapat di NCBM, antara mesin yang digunakan di sana adalah mesin embosser yang berfungsi mencetak titik timbul dalam penterjemahan kepada buku braille, mesin Thermofom berfungsi menyalin rajah timbul dari kertas asal menggunakan kertas braillon, dan akhir sekali mesin Tactile Graphic Designer (TGD) juga berfungsi mencetak gambar rajah timbul yang imejnya dihasilkan melalui komputer, ketiga-tiga mesin ini berfungsi untuk memudahkan pembelajaran murid bermasalah penglihatan, sekaligus memudahkan proses penghasilan buku braille dalam bilangan banyak dan cepat.
Kesimpulannya, lawatan yang berlangsung pada 13 Disember 2017 bersamaan hari rabu lepas ke NCMB telah mendedahkan kami kepada pelbagai bentuk teknologi yang boleh digunakan untuk membantu Murid yang bermasalah penglihatan dan lawatan tersebut turut memberikan kesedaran kepada kami bahawa pentingnya untuk menguasai penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran murid-murid bermasalah penglihatan.
Tuesday, 5 December 2017
TEAMWORK
TEAM-WORK = KERJA KUMPULAN
from the word, we can urderstand that kerja kumpulan need a kerjasama dan komitmen in the way to archie dah objektif, but the problem come when ada ahli kumpulan yang buat kerja menggunakan ego nya tanpa memikirkan perasaan dan pendapat orang lain.
here again, as the group member, need a bundle of positive, to make sure u still alive until the assigment finish and carry mark come out.
TEAM-WORK = KERJA KUMPULAN
from the word, we can urderstand that kerja kumpulan need a kerjasama dan komitmen in the way to archie dah objektif, but the problem come when ada ahli kumpulan yang buat kerja menggunakan ego nya tanpa memikirkan perasaan dan pendapat orang lain.
here again, as the group member, need a bundle of positive, to make sure u still alive until the assigment finish and carry mark come out.
DON'T BE SAD, A MISTAKE A CHANCE TO BE MORE BETTER
Sebagai ketua rumah di sebuah kolej, its a big responsiblity sebenarnya. saya kena bagi arahan, pastikan semua ok dan happy. tapi kadang2 ia akan jadi serabut apabila kita tak mampu nak jalankan tangungjawap dengan dngan baik, sbb of course yang pertama sbb salah kita sendiri sbb lost of common dan the rest sbb ahli rumah yang tak bagi commitment.
ARE YOU SAD ???
yes of course i sad, because its my fault, the important thing after this happen is koreksi diri. jgn cari kesalahan org lain tapi cari kesalahan diri dahulu. and yes like always be positif and learn the ibrah from what happed, jangan dilayan sgt rasa sedih sbb kita kan dpt apa, its more worth if we belajar dari pengalaman dan tambah baik diri.
last but no least, dont forget to say sorry to everyone.
be humble
trought away your ego
remember"ular yang menyusur takkan hilang bisa nya"
Sebagai ketua rumah di sebuah kolej, its a big responsiblity sebenarnya. saya kena bagi arahan, pastikan semua ok dan happy. tapi kadang2 ia akan jadi serabut apabila kita tak mampu nak jalankan tangungjawap dengan dngan baik, sbb of course yang pertama sbb salah kita sendiri sbb lost of common dan the rest sbb ahli rumah yang tak bagi commitment.
ARE YOU SAD ???
yes of course i sad, because its my fault, the important thing after this happen is koreksi diri. jgn cari kesalahan org lain tapi cari kesalahan diri dahulu. and yes like always be positif and learn the ibrah from what happed, jangan dilayan sgt rasa sedih sbb kita kan dpt apa, its more worth if we belajar dari pengalaman dan tambah baik diri.
last but no least, dont forget to say sorry to everyone.
be humble
trought away your ego
remember"ular yang menyusur takkan hilang bisa nya"
Monday, 4 December 2017
Rezeki Setiap Orang Berbeza
alhamdulillah hari ini selessai dengan 6 tugasan KPD3016. setelah bertungkus lumus menyiapkan. agak stress tapi dapat stress yang baik, disebabkann rezeki tress yang Allah kurniakan. aku sibuk dengan perkara-perkarayang bermanfaat sengan pelbagai kemahiran yang menambah baik kebolehan diri( tahniah wahai diri sebab semester 5 ini kau lebih rajin). alhamdullah sgt...
6 tugasan almost perfect aku kerjakan.. cuma bahagian kit media agak spoil. so betullah pemikiran dan kemampuan manusia memang berbeza sgt.. malah takkan mampu pun tanpa izin Allah. Alhamdullah walaupun asil kit media dan token ekonomi yang tangan ini hasilkan tak setanding dengan hsil kerja orang lain, its ok dear self.. itulah rezeki yang Allah telah kurniakan untuk kau..
be psitive, bersangka baik dengan Allah :)
Sunday, 3 December 2017
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Salah satu BBB(banhan bantu belajar) untuk murid bermasalh ppenglihatan ialah gambar rajah timbul yang memberikan gambaran tentang sesuatu...
-
Assalamualaikum dan Salam Sejehtera :) <3 syukran jiddan, sudi singgah blog saya~ Perjuangan seterusnya, diteruskan den...










