Monday, 18 December 2017

LAWATAN KE NCBM


REFLEKSI DIRI
KBL3053 - ICT Murid Bermasalah Penglihatan merupaka kursus yang memperkenalkan dan memberi pendedahan kepada pelajar tentang kemahiran kemahiran asas ICT bagi pelajar bermasalah penglihatan. Penekanan akan diberi kepada Duxbury Braille Translator (DBT), pembaca skrin Non-Visual Desktop Access (NVDA), penghasilan gambar rajah timbul berkomputer; Tactile Graphic Designer (TGD), dan OpenBook. Rasional pengambilan kursus ini ialah untuk membantu pelajar menguasai penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran murid-murid bermasalah penglihatan agar ilmu ini dapaat diaplikasikan semasa latihan Mengajar pada Semester 7.
Pada 13 Disember 2017 bersamaan dengan hari rabu seramai 25 pelajar yang mengambilan pengkhususan Masalah penglihatan, seramai 3 orang pelajar yang mengambilan pengkhususan Masalah Pendengaran dan beberapa kumpulan pelajar dari semester 2 telah membuat lawatan sambil belajar ke National Council For The Blind, NBCM iaitu Majlis Kebangsaan Bagi Orang Buta, Malaysia. Lawatan diiringi oleh dua orang pensyarah iaitu Dr. Kway Eng Hock dan Puan Shahida Hassim. Rombongan lawatan bermula seawal Jam 7 pagi dari kediaman pelajar masing-masing yang mana telah melibatkan 2 Buah bas UPSI yang telah ditemmpah khas. Lawatan pertama kami pada minggu lepas bermula di NU Sentral, di mana Dr. Kway telah menunjukkan kepada kami kemudahan-kemudahan yang terdapat di NU Sentral untuk murid bermasalah penglihatan. Antara kemudahan yang dapat kami perhatikan ialah kemudahan laluan berjalan kaki, Tandas OKU dan Lift yang mempunyai Tanda Braille pada setiap butang Aras. Daripada lawatan pertama tersebut kami sedar bahawa mereka yang bermasalah penglihatan ini juga tidak diabaikan dari segi kemajuan teknologi terkini.
Lokasi kedua lawatan kami pada minggu lepas bertempat di National Council For The Blind, NCBM iaitu Majlis Kebangsaan Bagi Orang Buta, Malaysia. Melalui lawatan ke NCBM banyak impak positif dan info baru yang kami perolehi. Pada awal lawatan di bangunan ini, kami telah dibawa untuk melihat sendiri penghasilan buku-buku teks dan kertas soalan yang sedang dibraillekan untuk murid bermasalah penglihatan yang mana telah ditempah khas dari sekolah-sekolah di Malaysia. Selain itu, kami telah diberikan peluang untuk menghasilkan gambar rajah timbul sendiri dengan mengguna 2 buah mesin Thermofom mereka. Disamping itu, kami telah diperkenalkan lebih lanjut dengan beberapa mesin lain yang terdapat di NCBM, antara mesin yang digunakan di sana adalah  mesin embosser yang berfungsi mencetak titik timbul dalam penterjemahan kepada buku braille, mesin Thermofom berfungsi menyalin rajah timbul dari kertas asal menggunakan kertas braillon, dan akhir sekali mesin Tactile Graphic Designer (TGD) juga berfungsi mencetak gambar rajah timbul yang imejnya dihasilkan melalui komputer, ketiga-tiga mesin ini berfungsi untuk memudahkan pembelajaran murid bermasalah penglihatan, sekaligus memudahkan proses penghasilan buku braille dalam bilangan banyak dan cepat.
Kesimpulannya, lawatan yang berlangsung pada 13 Disember 2017 bersamaan hari rabu lepas ke NCMB telah mendedahkan kami kepada pelbagai bentuk teknologi yang boleh digunakan untuk membantu Murid yang bermasalah penglihatan dan lawatan tersebut turut memberikan kesedaran kepada kami bahawa pentingnya untuk menguasai penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran murid-murid bermasalah penglihatan.






No comments:

Post a Comment

HIKING BUKIT CHANGKAT ASA