Saturday, 31 October 2015

Cara Penyuntingan Gambar dan Audio

BISMILLAHIRAHMANHIRAHIM

Assalamualaikum Waramatullahi Wabarakatuh

inshaAllah, perkongsian kali ini berkaitan dengan penyuntingan gambar menggunakan aplikasi GIMP dan penyuntingan Audio menggunakan aplikasi AUDACITY.

Berikut merupakan link untuk memuat turun aplikasi :-

http://www.gimp.org/downloads/
http://audacityteam.org/download/

#PENYUNTINGAN GAMBAR MENGGUNAKAN GIMP

Asas Penyuntingan Imej

1.klik pada menu File >Open untuk mencari gambar yang telah disimpan.


2.Tetingkap Open Image akan dipaparkan dan amda boleh memilih gambar yang dikehendaki dan klik butang Open.


3.Pilih Scissors Select Tool pada Toolbox seperti yang ditunjukkan pada rajah di bawah. Klik dan tandakan pada kotak antialiasing dan feather edges. Gunakan tetikus dan klik di sekeliling imej yang hendak digunting secara berterusan.


4. Setelah selesai, tekan enter pada papan kekunci. keseluruhan imej yang telah ditandakan tadi akan dipilih seperti yang ditunjukkan pada rajah di bawah.


5.klik pada menu Edit>Copy untuk menyalin imej yang dipilih.
6.klik pada file>New.tetingkap untuk meletakkan imej akan dibuka seperti dalam rajah.setkan imej 500 X 440.


7.kemudian, klik pada menu Edit>Paste.


*Berikut merupakan contoh imej yang telah disalin dan ditampal menggunakan teknik asas penyuntingan dan ditambah  dengan latar belakang berwarna.



#PENYUNTINGAN AUDIO MENGGUNAKAN AUDACITY

MENGHASILKAN RAKAMAN

1.Pasang mikrofon pada komputer.
2.buka perisian Audacity
3.Sesuaikan input level bagi mikroofon.


4.Tekan butang Rekord dan mulakan percakapan untuk merakam suara anda.
5.apabila anda telah selesai bercakap, tekan butang STOP untuk berhenti.


6.untuk mendengar rakaman suara anda, tekan butang play.


MEMBUANG BAHAGIAN PADA RAKAMAN

1. Dengan klik pada Selection tool atau menggunakan tetikus, pilih kawasan atau segmen audio yang anda ingin buang.


MENINGKATKAN RAKAMAN

1.klik Edit pada menu bar
2.kemudian, pilih select>klik All


3.klik Effect pada menu bar, kemudian pilih Bass dan Boost.


4.Pada paparan Bass dan Treble, terima default dan tekan ok.
5.Kemudian tekan butang play, suara akan meningkatkan berbanding yang asal.



sekian, selamat mencuba







Wednesday, 14 October 2015

power point '' INI KISAH SAYA ''

Assalamualaikum dan salam sajehtera..

tugasan terakhir daripada sir kami Fadhil Harfiez Abdul Muttalib .  Menghasilkan satu power point yang berkaitan kisah hidup sendiri..

ok, jom mulakan.

LANGKAH 1

Buka power point, pilih design yang di kehendaki, saya pilih design yang simple dan ada biru-biru. Seterusnya, sertakan beberapa animasi yang menarik seperti "hyperlink"





LANGKAH 2

Menetapkan apa yang perlu diletakkan dalam setiap slide / tajuk besar. Untuk power point kak Mai kak mai telah memilih untuk meletak biodata ringkas, salasilah keluarga, pencapaian, future/ masa depan kak mai apa dan slide gambar/ video.

LANGKAH 3

Mengenalpasti FORMAT POWER POINT berdasarkan tugasan yang di berikan. Untuk tugasan ini Sir kami telah menetapkan 10 slide, tapi...,tapi saya hanya dapat menghasilkan 7/10 slide sahaja. sebab tak tahu nak letak apa lagi dan kisah saya simple saja ..


HASIL........





ALHAMDULILLAH, SELESAI...
~sekian~

Wednesday, 23 September 2015

TUGASAN KE-2 #Mengkritik 5 blog pilihan

Assalamualaikum dan Salam Sejehtera :)

<3 syukran jiddan, sudi singgah blog saya~


          Perjuangan seterusnya, diteruskan dengan tugasan kedua untuk kelas MTE3012 iaitu mengkritik 5 blog pilihan yang terbaik daripada yang terbaik :) tugasan ini bukan setakat mengkritik TETAPI menuntut para pelajar kelas MTE3012 untuk belajar bagaimana menghasikan blog yang TERBAIK~ IN SHAA ALLAH ..

Apa yang perlu di kritik??? dari ASPEK apa....

1. aspek hiasan blog
2. kelebihan blog
3. kekurangan blog


BAIKLAH BLOG PILIHAN SAYA ADALAH SEPERTI BERIKUT....


Blog #1 Ustazah Fatimah Syarha



              pilihan blog pertama saya ialah milik Ustazah Fatimah Syarha, Ustazah Fatimah Syarha, seorang novelis yang berdakwah melalui penulisannya. Sy kagum dengan kaedah penyampaian ilmu oleh beliau. Beliau merupakan graduan UIAM, Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, pengkhususan dalam Fiqh dan Psikologi.
Ijazah Bacaan al-Quran bersanad dan Daurah Bahasa Arab di Universiti Syeikh Ahmad Kiftaro, Damsyiq, Syria. Dan menyambung Master di UIAM dalam bidang Fiqh dan Usul al-Fiqh.


Hiasan blog

-Menggabungkan warna biru dan ungu
-simple
-sederhana

Kelebihan blog

-Membincangkan pelbagai topik yang menarik, isu-isu terkini dan penting untuk masyarakat.
-Menyediakan satu medan dakwah yang santai untuk para remaja.
-menulis artikel-artikal yang sangat berguna untuk semua golongan masyarakat
-banyak mencadangkan buku-buku yang baik untuk bacaan para ''alat buku'' mcm saya..

Kekurangan blog
-sunyi~ tanpa lagu but still the best blog i follow :)


Blog #2



Blog pilihan ke-2 saya adalah ''BLOG UNTUK REMAJA''' milik seorang remaja /beliawanis yang sangat aktif sebagai pendakwa bebas dan penulis blog yang aktif.

Hiasan blog
-blog yang bertemakan warna kegemaran hampir 80% wanita di seluruh dunia, iaitu pink (Y)
-kemas dan lawa
-menyenangkan pembaca

Kelebihan blog
-Penulis yg sangat santai dan bersahaja tetapi mempunyai setiap post ada moral value dan pengajaran untuk pembaca
-Penulisan yang baik dan menarik

Kekurangan blog
-hiasan terlalu sederhana


Blog #3


blog ke-3 pilihan saya adalah milik Amani Az-Zahra, satu blog dakwah yang menarik para remaja untuk menamba ilmu pengetahuan.

Hiasan Blog

-cantik, lawa dan kbaboom..
-berwarna menarik

Kelebihan Blog
-update blog yang berkaitan isu-isu terkini
-banyak memberikan tips kpd kaum hawa
-penulisan santai

Kekurangan blog
-post dan artikel dalam blog ini lebih banyak untuk menambah pengetahuan kaum hawa.


Blog #4


Seterusnya blog ke-4 yang comel dan yummy...iaitu blog cup kek, milik seorang penduduk Kelantan, tujuan blog ini dibina untuk memperkenalkan produk cup kek yang dihasilkan.

Hiasan blog
-comel dan sangat menarik

Kelebihan blog
-selain, menggunakan blog sebagai medium untuk memperkenalkan hasil cup kek buatan mereka, blog ini turut menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada mereka yang berminaat untuk belajar bagaimana menghasilkan cup kek yang sedap dan boleh di pasarkan kepada masyarakat.

Kekurangan blog
-Post hanya tertumpu kpd bidang cup kek sahaja.


Blog #5

Blog pilihan ke-5 yang terakhir ialah blog PHOTOAURA BLOG blog yang menyediakan perkhidmatan mengambil gambar, editing gambar dan sebagai berkaitan photografi.

Hiasan blog
-menarik dan sederhana
-bertemakan warna hitam songket dan biru awan.

Kelebihan blog
-banyak update gambar-gambar majlis perkahwinan yang menark.
-memberi inspirasi kepada pembaca blog.

Kekurangan blog
-sunyi tanpa audio.






~ sekian ~








Monday, 21 September 2015

TUGASAN PERTAMA #Mail Marge



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Baiklah, untuk tugasan pertama..Kelas MTE3012 (R) telah diberi satu tugasan dimana kami akan membuat sijil penyertaan kepada pelajar sekolah yang telah menyertai dalam program debat Bahasa Melayu di peringkat negeri Perak sebanyak 5 salinan untuk 5 orang peserta yang berbeza. Sijil-sijil tersebut hendaklah disimpan di dalam satu fail sahaja dengan  menggunakan kaedah mail merge. 

UNTUK menghasilkan sijil tersebut kita perlu menyertakan beberapa maklumat seperti :-

1:   Nama program
2:   Nama sekolah
3:   Tarikh program
4:   Tempat program
5:   Anjuran
6:   Nama pelajar sekolah
7:   Nombor kad pengenalan pelajar
8:   Tandatangan pengetua sekolah

DAN hasilnya...







SELESAI dgn proses membuat sijil, kita lanjutkan dgn tugasan utama iaitu MAIL MARGE !!! #DENGAN MERUJUK 6 LANGKAH MUDAH MELALUI GAMBAR ~~~~~~

LANGKAH #1
Klik mailingsstart mail merge dan pilih format dokumen yang di ingini. Saya pilih format letters.


LANGKAH #2




LANGKAH #3


LANGKAH #4


LANGKAH #5



LANGKAH #6



SEKIAN, SELAMAT MENCUBA ....











HIKING BUKIT CHANGKAT ASA